Kisah Peniaga Jalan Melayu

Lebih dari 2 dasawarsa yang lalu, penulis ketika itu masih menjalani latihan dalam kamar sebagai peguam pelatih di sebuah firma milik bumiputra di Jalan Mahkamah Persekutuaan, berkesempatan untuk beramah mesra dengan seorang pakcik tua yang berniaga di Jalan Melayu. Lokasi tepatnya adalah Wisma Yakin - tempat perniagaan bumiputra yang menjual busana muslimah serta pakaian kebangsaan - baju melayu, kain sampin, pelikat, kain tudung, sejadah dan barangan keperluan lain yang seangkatan dengannya.

Kawasan Jalan Melayu ini menjadi antara tempat persinggahan penulis seusai menghadiri perbicaraan atau sebutan kes yang dikendalikan di mahkamah rendah berhampiran. Sambil menghirup segelas teh o ais limau, penulis ralit melihat kegigihan pakcik tua ini menjalankan perniagaannya. Pastinya akan ada proses tawar menawar berlaku diantara pelanggan dengan pakcik ini. Mungkin kerana selalu sangat pakcik ini bertembung dengan penulis di sebuah restoran mamak yang terletak bersetentang dengan premis perniagaan beliau, suatu pagi penulis dikejutkan oleh pemilik restoran yang mengatakan bahawa bil makan minum penulis dah dijelaskan orang.

"Hah? Siapalah pulak mau belanja saya? Awak kenal siapa? Kawan-kawan sayakah?", penulis bertanya.

"Itu worang tua.. kedai sana depan, dia tara wang kicik... dia kasi belanja sama abang", jawab mamak yang jaga kaunter pembayaran sambil "wobbling his head"... species depa ni memang terkenal suka goyang-goyang kepala.

Sebenarnya, penulis lari ke kawasan ini untuk mengelakkan kakak-kakak seangkatan yang sama-sama menjadi peguam pelatih (tetapi bertugas di firma guaman lain) mahu minta belanja kerana mengetahui penulis sering dapat elaun lebih sebab selalu dapat pergi outstation ke pejabat tanah. Gaji pokok penulis ketika itu hanyalah RM300 sahaja, nak harap hidup atas elaun dan travelling claim yang jauh lebih banyak dari gaji pokok yang penulis terima. Ada terdapat rakan-rakan penulis yang langsung tidak menerima apa-apa elaun selama 9 bulan menjalani latihan dalam kamar... kesian. Inilah sebenarnya pengorbanan yang perlu dilalui sebahagian dari kami untuk melayakkan diri diterima masuk menjadi peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.
Maka penulis pun segera meyeberangi jalan menuju kedai pakcik tersebut. Dari jauh pakcik tu dah mengangkat tangan dan mempelawa penulis masuk (Penulis kini tak dapat mengingat nama pakcik ini). Dengan wajah yang tersenyum dia menyatakan:

"Dah rezeki kamu pakcik belanja makan hari ini. Esok mungkin rezeki orang lain pulak" jelas pakcik itu.

Rupa-rupanya dah memang tabiat dia suka belanja makan orang yang dia tak pernah kenal. Random act of kindness. Sungguh mulia perbuatan Pakcik ini. Penulis bersalaman dengan beliau serta mengucapkan terima kasih kepadanya dan mengambil peluang bertanyakan sejarah perniagaan beliau.

Dah puluhan tahun dia berniaga. Asal dulu kecil-kecilan, sekarang dah jadi jutawan. Anak-anaknya semuanya berjaya. Ada yang menjadi jurutera, akauntan bank, kontraktor, seorang jadi doktor dan memiliki ada klinik sendiri. Yang mengejutkan, pengajian anak-anaknya kesemuanya ditanggung sendiri!

"Cubalah berniaga nak, boleh dapat banyak rezeki ikut jalan ni" nasihat pakcik.

"Saya tak pandai berniaga pakcik, kalau setakat berniaga photostat buku semasa di universiti dan jual wafer coklat masa kat sekolah menengah dulu, adalah sikit-sikit. Dapat untung lebih 100 peratus!" jawab penulis sambil ketawa.

"Kami orang minang, orang merantau nak, kami datang dari seberang, kami kalau berniaga sebulan, hasilnya makannya setahun" gumam pakcik dengan bangga sambil menunjukkan beberapa rekod pembelian barangan yang ditempah daripada pihak pembekal kepada penulis. Rupanya hari itu adalah hari stok barangan sampai. Sementara menunggu barangan diturunkan dari lori pembekal, pakcik meneruskan ceritanya:

"Anak pakcik yang belajar tinggi jadi doktor bergaji belas ribu tu pun tak terlawan pendapatan bulanan pakcik"...

"Biar betul....berniaga sebulan .. boleh makan setahun? Macam mana tu pakcik?" melopong aku mendengar penjelasan pakcik tu.

"Cuba kamu tengok... tak lama lagi dah masuk bulan puasa. Pekerja pakcik sekarang sibuk siapkan jahitan songkok. Nanti ramai orang datang ke tempat ini nak cari songkok baldu yang terbaik yang pakcik jual. Dengan duit jualan songkok selama sebulan dimusim perayaan sahaja dah boleh cover perniagaan pakcik selama setahun dan siap dapat untung berlipat ganda. Bulan-bulan lain, kalau  takde pelanggan, jualan yang ada tu bonus belaka..." jelas pakcik tu dengan penuh semangat.

"Yang kamu ni.. meniaga apa? pegang kot dan fail banyak-banyak? Ejen insurans ke" pakcik meneka.

"Tak mainlah jual insuranslah pakcik...(masa tu insurans belandaskan syariah sangat sedikit)  Saya ni baru jadi peguam pelatih. 3 bulan lagi baru tamat latihan. Saya buat kes litigation.."

"Wah! loyar muda rupanya.... apakenama tu???..." giliran pakcik tu pulak melopong.

"Maaf pakcik, litigation tu bermaksud kes yang melibatkan tuntutan mahkamah", jelas penulis sambil ketawa.

"Alah...kes kecik-kecik yang hancus ...takde harapan untuk menang boss campak aje kat saya selesaikan. Kalau kalah pun firm dan klien tak kisah. Memang sebenarnya takde pembelaan pun. Firm kami selalunya bela orang kes hutang bank, lelong rumah atau hutang biasiswa tak berbayar. Bincang sampai depa dapat settle dengan baik" jelas penulis.

"oh... gitu ghopanya.. Kamu takde ke buat urusan jualbeli hartanah?" tanya Pakcik tu.

"Hartanah....firm ada buat tapi bertuahlah boss saya nak bagi saya handle kes macam tu..." keluh penulis.

"Kalau boss tak kasi, baik kamu cari kerja kat pejabat loyar lain bagi peluang kamu buat urusan hartanah.... boleh buat banyak duit wooo..." pesan pakcik tersebut.

"Entahlah pakcik, nak cari tempat lepas ni pun saingan banyak" jelas penulis dengan nada sayu.

"Takpe nak, nanti kalau dapat kerja tempat lain, sudi-sudikan mampir lagi ke siko, jumpa pakcik ya".
Kami berpamitan dan penulis segera bergegas mengenakan blazer, melangkahkan kaki sambil mengalas beberapa fail perbicaraan kes pagi itu untuk pulang ke pejabat.

Terngiang-ngiang kata-kata sakti pakcik itu -

Berniaga sebulan, Makannya setahun!

Bersambung: [Bertugas sebagai peguam percaraan (conveyancing lawyer)].

No comments:

Post a Comment