Kenapa mahu beralih arah?

[ In the future ]

Suatu pagi yang hening, anda menerima panggilan telefon daripada salah seorang pengurus organisasi tempaty anda bertugas yang secara terburu-buru memaklumkan anda bahawa mereka menerima aduan daripada pelanggan yang mengenal pasti produk yang organisasi anda jual sebagai sumber yang menyebabkan alergi dan penyakit berjangkit.

Petang iti, sedang anda santai menonton berita TV, anda dikejutkan dengan berita yang disiarkan bahawa ramai pengguna produk anda telah dikejarkan ke hospital. Syarikat anda juga dinamakan sebagai punca masalah ini!

Hampir serta-merta, anda dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tergempar pada jam 9 malam itu yang diatur oleh pasukan pengurusan syarikat. Pihak pengurusan mahu membuat keputusan bagaimana untuk bertindak balas kepada keadaan yang telah berlaku.

Sebagai penasihat undang-undang, anda perlu membantu dalam proses membuat keputusan itu, yang akan cuba mengimbangkan kos penarikan produk yang pastinya menelan belanja yang mahal, berbanding dengan risiko tidak mengambil apa-apa tindakan. Ahli lembaga pengarah syarikat membayangkan lambakan tuntutan produk liabiliti, denda dan tidnakan penyitaan produk oleh pihak penguatkuasa.

Keputusan yang akan dibuat akan memberi kesan kepada hayat syarikat anda dan, mungkin lebih penting, reputasi syarikat pada masa akan datang .....


[ The grim reality in the present ]


"Ahh!....bosan... kalau dengar komen wakil dari dari Jabatan Perundangan ni!".

"Apa pun tak jadi, semua yang kami cadangkan salah..apa pun tak boleh buat!!!...macam mana nak berurusan dengan syarikat yang patut menggalakkan bumiputra menceburkan diri berniaga pun tak tahu lah!..." mengamuk sakan klien itu kepada penulis.

"Lesen nak kena bayar, kilang nak kena bina, belum lagi bayaran EPF dan gaji pekerja... royalti pun menekan kami, bukannya kami boleh untung banyak pun!... ni awak nak suruh kami bayar insuran  pulak... sekarang kami nak suruh gomen kaji balik jumlah Fi Teknologi yang kami perlu bayar.... Kami nak apply geran dari kerajaan pun tak cukup... kan ini semua kemudahan untuk kita orang melayu...!!" kata klien tersebut melepaskan rasa tidak puas hatinya.

Jawab penulis, "Tapi, itukan kos menjalankan perniagaan – itu adalah risiko yang diambil oleh sesiapapun yang mahu mengkomersialkan teknologi... kalau dikira semua ini, harap anda dapat pastikan bahawa syarikat ANDA betul-betul berkelayakan, berdaya saing dan berkemampuan untuk menjadi pemegang lesen. Ini “medical device” ... kalau tak buat betul-betul, pengguna akan mengalami kecederaan... tak sama keadaannya dengan berniaga jual tudung atau goreng pisang!!!"

Tak apalah... kalau anda semua tak mahu ikut nasihat dan saranan saya, tak mengapa, saya akan rekodkan dalam fail yang saya telah menjalankan tugas dan menunaikan amanah, gaji saya masih jalan kalau tuan-puan tak ikut saranan saya, kita tunggu sahaja masa hadapan..... (sambil tersenyum pahit).

Haaa... tu dia jawapannya, kepada rakan-rakan yang bertanya... kenapa tiba-tiba sahaja penulis mahu menulis dan berkongsi pengalaman penulis dibidang hartanah. Pada hemat penulis, rezeki milik Allah dan kerjaya dibidang hartanah ni lebih stabil. Ianya dapat mengurangkan risiko penulis kena serangan sakit jantung seandainya senario di atas berlaku. Nak periksa status tanah jauh lebih mudah daripada menentukan sama ada sesuatu teknologi baru boleh dikomersialkan!

PM sekiranya anda berhasrat memiliki hartanah mampu milik tanpa mengeluarkan sebarang deposit (Kepada yang layak - 100% pembiayaan termasuk fi guaman, duti setem perjanjian, insurans MRTA dan kos memindah milik kepada nama anda.